Jadi, bagaimana 'variasi menguntungkan' ini terjadi? Dalam waktu pemahaman saintifik yang masih primitif di zamannya, Darwin cuba menyandarkan jawapan bagi persoalan ini kepada Lamarck. Menurut ahli biologi Perancis Lamarck, yang hidup sebelum Darwin, benda hidupan menurunkan perubahan fizikal yang mereka alami sepanjang hidup mereka kepada generasi seterusnya, dan generasi baru yang terhasil adalah hasil dari sifat-sifat yang terkumpul dari generasi ke generasi lain. Sebagai contoh, dalam pandangan Lamarck, zirafah berkembang daripada kijang, yang lehernya berkembang menjadi lebih panjang dari generasi ke satu generasi ketika bersaing untuk memakan daun pada dahan yang tinggi.
Darwin memberikan contoh yang sama, misalan seperti yang didakwanya dalam The Origin of Species bahawa beruang-beruang yang masuk ke dalam laut bertukar menjadi ikan paus dengan peredaran masa.
Tetapi hukum pewarisan yang ditemui oleh Mendel, yang mana telah pun dibuktikan oleh kemajuan sains di abad ke 20 ini, memusnahkan mitos bahawa sifat yang diperolehi boleh diturunkan kepada generasi seterusnya. Dengan ini, pilihan semulajadi merupakan satu yang tidak bererti, dan dengan sebab itu, ianya menjadi suatu mekanisme yang langsung tidak memberi kesan apa-apa.