Apa yang kita pelajari sejauh ini menunjukkan teori evolusi adalah satu dakwaan yang secara terbuka bertentangan dengan fakta saintifik. Dakwaan teori ini berhubung asal usul kehidupan yang berselindung di balik wajah sains, mekanisme-mekanisme bersifat evolusi yang dikemukakannya tidak sedikitpun mempunyai kesan ke atas evolusi, dan rekod-rekod fosil yang menunjukkan keperluan kepada bentuk-bentuk peralihan sebenarnya tidak pernah wujud. Dalam kes ini, teori evolusi tersadai sebagai satu idea yang bertentangan dengan sains. Sebagai satu kebenaran, banyak idea-idea yang dilontarkan ke dalam dunia sepanjang sejarah, seperti model evolusi, telah pun dibatalkan dari agenda saintifik.
Tetapi teori evolusi ini dengan perancangan teliti telah dikekalkan dalam agenda saintifik. Setengah orang bahkan cuba menggambarkan kritikan teori ini sebagai 'serangan ke atas sains', tetapi kenapa?
Sebab kepada situasi ini ialah bahawa bagi setengah orang, teori evolusi ini telah menjadi kepercayaan dogmatik yang mustahak. Golongan ini berkeras degil tunduk kepada falsafah materialisme dan terpengaruh dengan Darwinisme sebagai penerangan alam material yang mutlak.
Mereka kadang-kadang secara terbuka mengakuinya. Richard Lewontin pakar genetik terkenal dari universiti Harvard dan pada masa yang sama seorang evolusionis terkemuka mengakui bahawa dia adalah 'pertama materialis, kemudian saintis' dalam perenggan ini;
Bukanlah bahawa metode dan institusi sains apa cara sekalipun memaksa kita mengakui penjelasan material mengenai fenomena dunia, tetapi sebaliknya, bahawa kita didesak oleh kesetiaan tertinggi kita atas sebab-sebab material untuk membuat alat-alat pengkajian dan merangka konsep yang membuahkan penerangan bersifat kebendaan, tidak kira betapa sekalipun bertentangan dengan intuisi, tidak kira betapa menghairankan untuk diterima. Dan lagi, materialisme adalah mutlak, maka kita tidak akan membenarkan kaki Tuhan berdiri di depan pintu.
Kenyataan ini adalah jelas bahawa Darwinisme adalah suatu dogma yang dihidupkan untuk suatu sokongan kepada falsafah materialisme. Dogma ini menganggap bahawa tiada sebarang kewujudan melainkan yang bersifat kebendaan. Atas alasan ini, ia percaya bahawa unsur bukan hidupan, iaitu zat tanpa sifat sedar yang sebenarnya menjadikan kehidupan. Ia menerima bahawa jutaan spesis hidupan seperti burung-burung, ikan, zirafah, harimau, serangga, pokok, bunga-bunga, ikan paus timbul dari kesan sama seperti yang ada di dalam benda tidak bernyawa, dalam perkataan lain hujan dan petir. Ini adalah benar-benar bertentangan dengan akal dan sains. Tetapi golongan darwinis terus mempertahankan kepercayaan ini sebagai usaha untuk 'menghalang kaki Tuhan berdiri di depan pintu'.
Orang yang melihat kepada asal usul hidupan tanpa sebarang prejudis materialis pasti akan menyedari kebenaran ini; semua benda hidupan adalah hasil kerja Pencipta yang mempunyai kuasa yang tinggi, pengetahuan dan kebijaksanaan. Pencipta ini adalah Tuhan, yang menciptakan seluruh alam semesta daripada tiada, yang menghias di dalamnya dengan cara yang paling sempurna, mencipta dan memberikan bentuk kepada semua makhluk hidupan.
Mereka berkata: "Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selian dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami: Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Tahu lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Baqarah, 32) |