Selasa, 17 Julai 2012

Rekod-Rekod Fosil: Tiada Tanda Bentuk peralihan.


Bukti yang paling jelas yang menunjukkan bahawa senario teori evolusi ini tidak pernah terjadi ialah catatan rekod fosil.
Menurut teori evolusi, makhluk hidupan berkembang dari satu sama lain. Spesis yang wujud lebih awal bertukar kepada bentuk lain sepanjang peredaran masa dan semua spesis timbul melalui cara ini. Menurut teori ini juga, perubahan ini meliputi waktu jutaan tahun dan digerakkan ke depan, langkah demi langkah.
Hal ini menjadi satu kes, bahawa jutaan 'spesis peralihan' (transition form) seharusnya timbul dan hidup sepanjang waktu perubahan yang didakwa ini.
Sebagai contoh, pada waktu dulu, sekalipun ikan mengekalkan ciri-cirinya, tetapi seharusnya dia memiliki beberapa ciri-ciri reptilia, dan makhluk setengah ikan-setengah reptilia mesti wujud. Atau, sementara masih memiliki ciri-ciri reptilia, mereka mesti memiliki ciri-ciri burung dan makhluk reptilia-burung mesti wujud. Hal Ini, oleh kerana mereka berada dalam period transformasi, maka seharusnya ada bentuk-bentuk yang lemah, tidak lengkap, dan cacat. Para evolusionis menamakan makhluk begini yang mereka percayai pernah hidup ketika dahulu sebagai 'bentuk-bentuk peralihan'.
Sekiranya makhluk ini benar-benar wujud zaman dahulu, bilangannya dan kepelbagaiannya mesti mempunyai angka berjuta-juta. Dan tanda-tanda makhluk yang benar-benar ganjil ini mesti ditemui di dalam rekod-rekod fosil. Dalam theOrigin of Species Darwin menerangkannya seperti berikut;
Jika teori saya menjadi benar, jutaan jenis-jenis peralihan yang menghubungkan secara rapat semua spesis kumpulan yang serupa bersama mestilah wujud secara pasti ..sebagai akibatnya, bukti-bukti bekas kewujudan mereka hanya boleh ditemui di antara fosil-fosil yang tinggal.

KEAJAIBAN SAINTIFIK AL-QUR’AN

Komen dari rakan Facebook